Tentera antarabangsa sertai latihan perang Jordan

Tentera antarabangsa sertai latihan perang Jordan

AMMAN, 5 Mei (AFP) – Beribu-ribu tentera dari 18 buah negara mengambil bahagian hari ini dalam latihan ketenteraan di Jordan yang diselia bersama oleh tentera Amerika Syarikat (AS), menurut para pegawai.

Sekitar 10,000 tentera menyertai dalam latihan perang tahunan kelima Jordan ‘Eager Lion’, yang akan diadakan selama dua minggu.

Latihan laut, darat dan udara muncul ketika askar gabungan diketuai AS bertempur dengan kumpulan Islamic State (IS) di negara jiran Iraq dan Syria.

Beberapa negeri-negeri Arab yang lain telah menyertai gabungan diketuai Saudi melaksanakan serangan udara ke atas pemberontak di Yaman.

Walaupun begitu, ‘Eager Lion tidak berkaitan dengan apa yang berlaku sekarang di rantau itu,” ujar Mejar Jeneral Rick Mattson memberitahu para wartawan di Amman.

“Jika kita selalu bekerjasama maka kita akan semakin kuat.”

Begitu juga dengan tentera dari AS dan Jordan, kontinjen tentera dari beberapa negeri-negeri Arab berhampiran dan tentera dari Perancis, Itali dan Pakistan akan mengambil bahagian dalam latihan di padang pasir Jordan.

Latihan itu akan memfokuskan ke atas cabaran seperti ‘memerangi pengganasan’ dan keselamatan sempadan, kata Brigadier Jordan, Jeneral Fhad al-Damin.

ARTIKEL YANG SAMA