Tentera AS, India tingkat penyelarasan bencana

Tentera AS, India tingkat penyelarasan bencana

NEW DELHI, 12 April (AP) – Amerika Syarikat dan India telah mencapai persetujuan awal yang akan menjadikan ia lebih mudah bagi kedua-dua tentera negara untuk bekerjasama dalam bencana atau hal-hal kecemasan lain, kata Setiausaha Pertahanan Ash Carter hari ini.

Semasa sidang media bersama dengan Menteri Pertahanan India, Manohar Parrikar, Carter mengatakan kedua-dua buah negara telah ‘bersetuju pada asasnya’ dalam persetujuan logistik, dan akan diselesaikan dalam masa beberapa minggu. Parrikar menganggarkan ia akan mengambil masa kira-kira sebulan.

Carter mengatakan kedua-dua negara menjangkakan tidak lama lagi mencapai pakatan kedua untuk meningkatkan perkongsian maklumat berkaitan perkapalan komersial, dalam satu langkah untuk meningkatkan keselamatan di lautan.

Para pegawai pertahanan AS mengatakan perjanjian pertama itu akan membantu kedua-dua tentera menyelaras dengan lebih baik, termasuk dalam latihan, dan juga membolehkan AS dengan mudahnya menjual minyak atau membekalkan peralatan kepada India.

Ashton Carter (kiri) berjabat tangan dengan Manohar Parrikar selepas sidang media di New Delhi pada 12 April. – AFP
Ashton Carter (kiri) berjabat tangan dengan Manohar Parrikar selepas sidang media di New Delhi pada 12 April. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA