Tentera AS maut dalam misi Afghan

Tentera AS maut dalam misi Afghan

KABUL, 6 Jan (AFP) – Seorang tentera AS telah menjadi warga Amerika pertama yang terbunuh di Afghanistan pada 2016 sementara dua orang lagi cedera dalam satu operasi di wilayah Helmand, di mana tentera Afghan sedang bertempur dengan pemberontak Taliban, kata pegawai AS dan NATO.

Tentera telah diserang ketika menjalankan satu misi semalam dengan rakan operasi khas Afghan di Marjah, kata setiausaha media Pentagon Peter Cook.

“Ia adalah situasi berterusan, masih berlakunya pertempuran di kawasan sekitarnya,” kata Cook.

Brigedier Jeneral Wilson Shoffner, jurucakap untuk misi NATO di Afghanistan, menambah: “Kami berasa amat sedih dengan kehilangan ini.”

Sejumlah tentera Afghan juga cedera dalam misi, kata pegawai.

“Kami boleh mengesahkan tentera yang cedera telah pun dipindahkan,” beritahu Kolonel Michael Lawhorn, jurucakap untuk tentera NATO di Afghanistan, kepada AFP. Masih tidak jelas sama ada beliau bermaksud tentera Afghan atau tentera AS yang cedera.

Tentera Afghan sedang bertempur untuk menangkis militan Taliban yang dalam beberapa minggu ini telah menakluki sebahagian besar daerah yang kaya dengan candu Sangin di selatan wilayah Helmand, kubu tradisional pemberontak.

Pada Disember, serangan Taliban mendorong penghantaran tentera Britain pertama ke wilayah bergolak itu dalam 14 bulan.

Penghantaran, di samping ketibaan tentera khas AS baru-baru ini di rantau, diadakan setahun selepas tentera NATO menamatkan operasi pertempuran mereka di negara itu.

“Terdapat kawasan berbahaya di Afghanistan di mana pertempuran masih meletus, dan wilayah Helmand adalah salah satu tempat berkenaan,” kata Cook.

“Ini adalah pertempuran berterusan, dan saya fikir peristiwa beberapa jam terakhir menekankannya.”

ARTIKEL YANG SAMA