Tentera AS undang pakar ‘godam Pentagon’

Tentera AS undang pakar ‘godam Pentagon’

SAN FRANCISCO, 2 Mac (Reuters) – Pentagon hari ini berkata ia akan menjemput penggodam luar untuk menguji keselamatan siber dari sebahagian laman sesawang Jabatan Pertahanan AS sebagai sebahagian projek rintis bulan depan, dalam program pertama yang ditawarkan oleh kerajaan persekutuan.

‘Godam Pentagon’ (Hack the Pentagon) bermodelkan pertandingan yang sama dikenali sebagai ‘bug bounties’ yang dilakukan oleh syarikat-syarikat besar AS, termasuk United Continental Holdings Inc untuk menemukan jurang dalam keselamatan rangkaian mereka.

Program seumpama itu membolehkan pakar siber untuk mencari dan mengenal pasti masalah-masalah sebelum penggodam boleh mendapatinya, menjimatkan wang dan masa jika berlaku kerosakan akibat penggodaman jaringan.

“Saya yakin bahawa inisiatif inovatif ini akan mengukuhkan pertahanan digital kami dan meningkatkan keselamatan negara kami,” kata Setiausaha Pertahanan, Ash Carter dalam satu kenyataan yang mendedahkan program rintis itu.

Seorang pegawai pertahanan kanan berkata beribu-ribu peserta yang berkelayakan dijangka akan menyertai inisiatif itu. Maklumat dan peraturan masih lagi dikaji tetapi pertandingan itu akan melibatkan anugerah monetari, kata Pentagon.

Pentagon telah lama menguji jaringannya sendiri menggunakan dalaman yang digelar ‘pasukan merah’ tetapi inisiatif ini akan membuka sekurang-kurangnya sebahagian jaringan besar jabatan dari sistem komputer sehingga cabaran siber dari seluruh industri dan akademi.

ARTIKEL YANG SAMA