Tentera AU jadi sasaran di Somalia

Tentera AU jadi sasaran di Somalia

MOGADISHU, 6 Sept (dpa) – Seorang pengebom bunuh diri menyasarkan serangan ke atas konvoi tentera Kesatuan Afrika (AU) di tenggara Somalia, mengorbankan beberapa orang, menurut seorang komander kanan tentera Somalia.

Serangan berlaku di Janaale, di mana kumpulan al-Shabaab menyerang pangkalan tentera AU pada Selasa lepas yang mengorbankan kira-kira 20 anggota tentera.

“Saya boleh mengesahkan bahawa terdapat kematian dan kecederaan,” kata komander itu yang enggan disebutkan namanya, tanpa memberikan jumlah yang sebenar.Beliau berkata maklumat lanjut masih perlu disahkan.

Al-Shabaab mendakwa bertanggungjawab bagi serangan itu melalui radio Andalus yang pro-pemberontak, sambil berkata ia berjaya membunuh beberapa anggota tentera AU dari Uganda.

Al-Shabaab pada Jumaat lepas menawan daerah utama Kuntuwarey dalam wilayah yang sama selepas tentera Somali dan AU berundur dari sana, kara para pegawai tempatan. Namun sebab bagi pengunduran tersebut masih belum jelas.

AU mempunyai seramai lebih 20,000 anggota pengaman di Somalia untuk membantu kerajaan menentang al-Shabaab.