Tentera bantu kawal kebakaran

Tentera bantu kawal kebakaran

VANCOUVER, 7 Julai (AFP) – Pihak berkuasa Kanada mengerahkan pasukan tentera untuk membantu bomba dalam memadam beberapa kebakaran hutan yang sehingga kini memaksa ribuan penduduk dipindahkan.

Kementerian Pertahan berkata, lebih 1,400 anggota tentera termasuk bahagian pemadam api sudah kini bersiap sedia untuk dihantar ke wilayah tengah Saskatchewan di mana lebih 13,000 penduduk dipindahkan dari rumah mereka.

Bandar pantai barat Vancouver kini dilanda kepulan asap tebal dan amaran sudah dikeluarkan berhubung beberapa kawasan hutan terbakar di wilayah British Columbia yang mungkin merebak ke Vancouver.

Orang ramai yang mempunyai masalah pernafasan dinasihatkan agar berada di dalam rumah dan tempat tertutup bagi mengelak menyedut asap.

Keadaan di Kanada sekarang berkabus akibat kebakaran hutan di negara tersebut. - AFP
Keadaan di Kanada sekarang berkabus akibat kebakaran hutan di negara tersebut. – AFP

Sepanjang tahun ini, 565 kebakaran hutan dilaporkan, jumlah tiga kali ganda berbanding tempoh sama tahun lalu.

Daripada 13,000 penduduk yang dipindahkan dari Saskatchewan, kira-kira 5,000 daripada mereka beralih ke wilayah berjiran, Alberta.

ARTIKEL YANG SAMA