Tentera Burkina rebut kembali hotel

Tentera Burkina rebut kembali hotel

OUAGADOUGOU, 17 Jan – Pasukan keselamatan menamatkan rampasan oleh pejuang Al-Qaeda di sebuah hotel di ibu kota Burkina Faso di sini, kelmarin, membunuh tiga lelaki bersenjata dan membebaskan 126 tebusan, kata Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

Sekurang-kurangnya 22 orang dipercayai terbunuh dalam serangan di Hotel Splendid di sini, yang bermula lewat semalam.

Al Qaeda in the Islamic Maghreb (AQIM) mengaku bertanggungjawab dalam serbuan itu.

Compaore berkata, operasi masih diteruskan di sebuah hotel kedua terletak berhampiran, Hotel Yibi dan pasukan keselamatan cuba mengenal pasti jika sesetengah penyerang bersembunyi di sana.

“Operasi di Hotel Splendid dan Restaurant Cappuccino yang terletak berhampiran sudah tamat. 126 tebusan dibebaskan, antaranya 33 cedera. “Tiga penyerang dibunuh, seorang bangsa Arab dan dua lagi rakyat Afrika berkulit hitam,” katanya. – Reuters