Tentera Cameroon bebas 900 tebusan

Tentera Cameroon bebas 900 tebusan

YOUNDE, 2 Dis (AFP) – Tentera Cameroon membunuh sekitar 100 pejuang Boko Haram dari Nigeria, membebaskan hampir 900 tebusan dan merampas bendera Islamic State (IS) minggu lepas, menurut kementerian pertahanan hari ini.

“Operasi bersih khas bermula 26-28 November’ menentang pejuang Boko Haram di kawasan sempadan dengan Nigeria ‘menumpaskan lebih 100 pejuang,” kata Menteri Pertahanan Joseph Beti Assomo dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam radio kebangsaan.

Penghapusan itu membolehkan tentera ‘untuk membebaskan hampir 900 tebusan, merampas simpanan besar senjata dan peluru serta bendera putih hitam IS’, tambah kenyataan itu lagi, tanpa memberikan butiran lanjut tentang identiti mereka yang dibebaskan.