Tentera China jalani latihan tembakan

Tentera China jalani latihan tembakan

BEIJING, 21 Jan – Satu unit tentera China yang berpangkalan di sebuah bandar yang terletak bertentangan dengan Taiwan telah menjalankan latihan tembakan langsung dan latihan pendaratan, lapor televisyen negeri beberapa hari selepas parti pembangkang memenangi pilihan raya di Taiwan.

China menganggap Taiwan sebuah wilayah tidak terkawal, diletak di bawah kawalannya dengan kekerasan jika perlu. Tentera Nasionalis melarikan diri ke Taiwan pada 1949 selepas perang saudara China.

Dalam berita lewat semalam, saluran tentera televisyen negeri berkata Tentera Kumpulan ke-31, berpangkalan di bandar tenggara China Xiamen, telah melancarkan latihan “dalam beberapa hari ini,” walaupun ia tidak memberikan lokasi sebenar.

Ia menunjukkan kenderaan perisai mengharungi laut menuju ke arah tempat pendaratan, helikopter menembak peluru berpandu di lokasi di pantai dan tentera terjun dengan menggunakan payung terjun daripada helikopter.

Laporan tidak menyebut pilihan raya Taiwan. Kementerian Pertahanan China tidak menjawab permintaan untuk memberikan komen.

Kementerian Pertahanan Taiwan berkata ia “sedar mengenai maklumat itu,” dan enggan memberikan komen lanjut.

Xiamen terletak bertentangan dengan Taiwan, dan di luar pantai Xiamen adalah Kimnen, sebuah pulau yang dikawal oleh Taiwan sejak 1949 dan sehingga lewat 1970 merupakan satu tempat yang sering dibom oleh China.

Sejak Tsai Ing-wen dan Parti Demokratik Progresif beliau memenangi pilihan raya presiden dan parlimen Taiwan pada Sabtu, China telah mengingatkan supaya jangan mengambil sebarang tindakan untuk mencapai kemerdekaan dan ia akan mempertahan kedaulatan negara. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA