Tentera dikerah ke Helmand, Taliban terus mara

Tentera dikerah ke Helmand, Taliban terus mara

KABUL, 23 Dis (AFP) – Kerajaan Afghan hari ini mengerahkan pasukan tentera tambahan ke wilayah Helmand selepas militan Taliban menawan sebahagian besar kawasan strategik daerah penanaman opium, menyebabkan penghantaran pertama tentera British ke wilayah berkecamuk itu sejak 14 bulan lepas.

Militan Taliban berjaya melepasi barisan hadapan daerah Sangin pada Ahad lepas selepas beberapa hari pertempuran dengan tentera Afghan yang terkepung, sekali gus menguatkan cengkaman mereka ke atas wilayah selatan tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA