Tentera Filipina, Jepun mula latihan di Laut China Selatan

Tentera Filipina, Jepun mula latihan di Laut China Selatan

PUERTO PRINCESA CITY, Filipina, 23 Jun (Reuters) – Sebuah pesawat peronda tentera Jepun berlegar-legar di beberapa bahagian Laut China Selatan yang dipertikaikan, hari ini, pada permulaan latihan bersama tentera Filipina yang telah menjengkelkan China.

Menurut para pegawai Jepun dan Filipina, pesawat pengawasan P3-C Orion Jepun, bersama tiga anggota kru undangan Filipina, terbang pada jarak 5,000 kaki di atas Reed Bank, kawasan yang kaya tenaga yang dituntut oleh kedua-duanya China dan Filipina. Ia juga ditemani oleh pesawat udara peronda Filipina yang lebih kecil.

Perairan bertikai itu dekat dengan Pulau Spartly, yang juga dituntut Filipina tempat China sedang membina siri pulau buatan manusia.

“Kami mengamalkan pola menyelamat dan mencari, yang amat penting dalam mana-mana operasi tindak balas bencana dan bantuan kemanusiaan,” Kolonel Marin, Jonas Lumawag mengatakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Puerta Princesa di pulau Palawan, pangkalan operasi bagi latihan 50 batu ke barat.

Kakitangan Tentera Laut Filipina dan Amerika Syarikat ketika menyertai latihan serangan di USS Fort Worth, pelabuhan Puerto Princesa, pulau Palawan barat Filipina. – AFP
Kakitangan Tentera Laut Filipina dan Amerika Syarikat ketika menyertai latihan serangan di USS Fort Worth, pelabuhan Puerto Princesa, pulau Palawan barat Filipina. – AFP

“Ini adalah pertama kali kami ke sini dan juga melakukan aktiviti ini bersama Filipina,” ujar ketua kontinjen tentera laut Jepun, Komander Pasukan Pertahanan Maritim Hiromi Hamano, selepas P3-C kembali ke Palawan.

Kehadiran Jepun dalam apa yang dianggapnya perairan antarabangsa mungkin dilihat Beijing sebagai sokongan tanpa bertulis bagi tuntutan pemilikan yang dibuat oleh Filipina.

“Kami berharap pihak-pihak tertentu tidak menggembar-gemburkan atau mewujudkan ketegangan di rantau itu dan kami berharap parti-parti berkenaan akan melakukan yang terbaik untuk menyumbang kepada keamanan dan kestabilan di rantau itu, daripada sebaliknya,” kata jurucakap Kementerian Luar Negeri China, Lu Kang memberitahu taklimat berita harian.

ARTIKEL YANG SAMA