Tentera Filipina tolak rundingan militan

Tentera Filipina tolak rundingan militan

MANILA, 14 Okt – Tentera Filipina hari ini menolak tuntutan daripada militan Islam untuk memulakan rundingan bagi pembebasan tiga pelancong asing yang diculik dan seorang wanita Filipina dan membatalkan serangan ke atas selatan pulau yang terpencil itu.

Dua warga Kanada, seorang Norway dan Filipina, yang dijadikan tebusan di pusat peranginan pulau Samal pada 21 September telah merayu menerusi video kepada pihak berkuasa Filipina untuk menghentikan operasi tentera ke atas pulau kecil Jolo, ke barat Samal, dan kepada Kanada untuk membantu berunding bagi kebebasan mereka.

Terdapat spekulasi yang keempat-empatnya telah dibawa beratus-ratus batu ke barat Jolo, kubu kuat Abu Sayyaf, kumpulan militan kecil namun ganas, dikenali pernah melancarkan serangan bom, penculikan dan pemancungan kepala di selatan Filipina.

“Tidak ada rundingan yang boleh dilakukan dengan mana-mana mereka yang melakukan jenayah ini,” jurucakap tentera Kolonel Restituto Padilla memberitahu taklimat media di pangkalan tentera utama di Manila.

“Kami tidak, mengenai hal itu, membincangkan butiran operasi, namun kami boleh memastikan akan keselamatan para tebusan adalah paling terpenting dalam minda kami.”

Komander tentera di Jolo, Jeneral Alan Arrojado, mengatakan tentera tidak akan menghentikan operasi ke atas Abu Sayyaf berkaitan Qaeda kerana tidak ada bukti para tebusan di kawasan itu.

“Ia mungkin senario contoh, ia boleh diambil di mana-mana dan menjadikan ia kelihatan seperti berada di Jolo untuk menghentikan operasi kami,” katanya tentang kemunculan video tebusan itu.

“Tidak akan ada pengurangan usaha dalam operasi kami,” ujarnya lagi. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA