Tentera gabungan musnahkan jambatan utama Mosul

Tentera gabungan musnahkan jambatan utama Mosul

MOSUL, Iraq, 23 Nov – Tentera gabungan yang diketuai AS mengebom sebuah jambatan utama di Mosul kelmarin untuk mengasingkan kumpulan berani mati dari pertempuran sengit di timur bandar itu yang mengancam tentera Iraq.

Bilangan orang awam melarikan diri sejak serangan permulaan bulan lalu terhadap Mosul – kubu terakhir kumpulan Islamic State (IS) di Iraq – meningkat kepada 68,000, tetapi kebanyakan penduduk di bandar itu kekal terperangkap.

Sebuah pesawat gabungan melancarkan serangan udara ke atas ‘jambatan ketiga’ Mosul, meninggalkan jambatan era British itu sebagai laluan lintasan terakhir Sungai Tigris yang menghilir melalui bandar itu.

Jurucakap Gabungan, Kolonel John Dorrian berkata pejuang IS telah menggunakan jambatan itu untuk membekalkan semula bahagian timur bandar, “pada dasarnya untuk merombak tentera mereka”. – AFP