Tentera India bunuh 3 anggota militan

Tentera India bunuh 3 anggota militan

SRINAGAR, India, 6 Okt – Tentera India hari ini telah membunuh tiga suspek militan yang cuba untuk menyerang pangkalan tentera di India Kashmir, kata pegawai, kejadian terbaru yang telah meningkatkan lagi ketegangan dengan Pakistan.

Militan bersenjata, memakai seragam tentera, cuba untuk memecah masuk melalui kem di daerah Kupwara sebelum subuh tetapi telah dipatahkan oleh tentera dalam pertempuran senjata api.

“Ketiga-tiga pengganas melepaskan tembakan di pos kawalan kami dan juga pusat perlindungan (tentera) kami yang sedang berehat,” kata Kolonel Rajiv Sahara, pegawai pemerintah unit kaunter pemberontakan di Kupwara. “Tiga pengganas Pakistan telah ditumpaskan,” kata Sahara kepada pemberita.

“Sejumlah besar” senjata api, pelancar bom tangan dan senjata lain dirampas daripada militan tersebut dan dipaparkan kepada media, katanya. Cubaan serangan adalah yang kedua di Kashmir yang ditadbir India pada minggu ini selepas kumpulan militan membunuh seorang askar ketika cuba menyerang pangkalan di bandar Baramulla pada malam Ahad lalu. – AFP

Tentera India berdiri mengawal di luar ibu pejabat tentera utama Kashmir di Srinagar kelmarin. – AFP
Tentera India berdiri mengawal di luar ibu pejabat tentera utama Kashmir di Srinagar kelmarin. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA