Tentera India bunuh enam suspek militan di Assam

Tentera India bunuh enam suspek militan di Assam

GUWAHATI, India, 23 Sept – Pasukan keselamatan India membunuh enam suspek militan pemisah dalam pertempuran di timur laut wilayah bergolak di negara ini, hari ini, kata polis.

Pasukan keselamatan melancarkan serbuan di tempat persembunyian suspek di bahagian yang terpencil di negeri Assam, rumah kepada pelbagai kumpulan pemberontak pemisah.

“Berdasarkan maklumat tertentu kita menyerbu tempat persembunyian KPLT dan pertempuran yang tercetus di mana kami berjaya meneutralkan enam militan, termasuk dua pemimpin tertinggi mereka,” kata ketua polis tempatan Debajit Deori kepada AFP melalui telefon.

Kumpulan Harimau Pembebasan Rakyat Karbi, (KPLT) sedang berjuang untuk tanah air merdeka untuk suku Karbi itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA