Tentera Iraq buru IS di Fallujah, Mosul

Tentera Iraq buru IS di Fallujah, Mosul

FALLUJAH, Iraq, 19 Jun (AFP) – Tentera Iraq kini sedang memburu kumpulan jihad di Fallujah semalam selepas menakluki semula pusat bandar dan markas latihan mereka di Mosul, sebuah hab terakhir bagi kumpulan IS.

Walaupun tidak sepenuhnya di bawah kawalan kerajaan lagi, Fallujah merupakan kawasan penaklukan IS yang menyaksikan penubuhan ‘khalifah’ dan kini hampir dikuasai tentera Iraq setelah berjaya memerangi IS sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Perdana Menteri Haider al-Abadi pada hari Jumaat mengisytiharkan Fallujah diambil semula selepas bendera kebangsaan telah dinaikkan di beberapa buah perkarangan kerajaan utama, walau bagaimanapun pejuang IS masih memegang sebahagian kejiranan utara.

Tentera Iraq Elite meneruskan perjuangan mereka dalam pembebasan kawasan-kawasan perumahan di utara Fallujah”, komander operasi, Leftenan Jeneral Abdulwahab al-Saadi ketika memberitahu kepada AFP.

Tentera kerajaan Iraq dilihat pada 16 Jun 2016 selepas berjaya menawan kembali bandar Zankura, barat laut Ramadi di wilayah Anbar, dari kumpulan jihad (IS) , selepas pejuang IS menyerang kedudukan di kawasan itu, termasuk Zankoura, yang ditawan semula oleh tentera Iraq awal tahun ini. – AFP
Tentera kerajaan Iraq dilihat pada 16 Jun 2016 selepas berjaya menawan kembali bandar Zankura, barat laut Ramadi di wilayah Anbar, dari kumpulan jihad (IS) , selepas pejuang IS menyerang kedudukan di kawasan itu, termasuk Zankoura, yang ditawan semula oleh tentera Iraq awal tahun ini. – AFP

Angkatan tentera dipimpin oleh polis wilayah Anbar, di mana Fallujah terletak, telah menawan semula kawasan kejiranan selatan dari pejuang IS dan menyikat bahan letupan, katanya.

Abadi mengumumkan penawanan semula kota Ramadi, ibu kota wilayah Anbar, pada bulan Disember tetapi pasukan keselamatan hanya menubuhkan kawalan penuh ke atas bandar itu sejak bulan Februari.

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, IS telah melakukan beberapa serangan di kawasan Ramadi, terkini pada hari Sabtu di daerah yang bernama Zankura.

Saadi dan komander lain berkata, tentera Iraq telah berjuang berhadapan dengan rintangan terhad selepas penaklukan kawasan di Fallujah dan berjaya melakukan operasi tersebut dalam empat minggu.

ARTIKEL YANG SAMA