Tentera Iraq masuk ke kawasan IS

Tentera Iraq masuk ke kawasan IS

BAGHDAD, 30 Mei – Tentera Iraq mara ke dalam bandar Fallujah dari tiga arah hari ini yang menandakan fasa bandar baru dan sangat berbahaya dalam operasi tiga minggu untuk menawan semula kubu pejuang jihad itu.

Diketuai oleh perkhidmatan pencegahan pengganasan elit (CTS), unit pertempuran Iraq yang cukup terlatih, pasukan itu mara sebelum subuh, menurut para pemerintah.

“Pasukan Iraq memasuki Fallujah dalam perlindungan udara dari pasukan bersekutu antarabangsa, pasukan tentera udara Iraq dan penerbangan tentera, dan dibantu oleh meriam dan kereta kebal,” kata Leftenan Jeneral Abdelwahab al-Saadi, pemerintah operasi itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA