Tentera Iraq sedia serang IS

Tentera Iraq sedia serang IS

BAGHDAD, 22 Mei (Reuters) – Tentera Iraq hari ini mengatakan ia bersiap sedia untuk melancarkan serangan merampas semula kubu kuat IS, Falluja dan memberitahu penduduk untuk bersedia meninggalkan bandar itu sebelum pertempuran bermula.

Keluarga yang tidak dapat melarikan diri seharusnya menaikkan bendera putih bagi menandakan lokasi mereka dalam bandar 50km dari barat Baghdad itu, unit media tentera mengatakan dalam satu kenyataan dalam televisyen negara.

Falluja, kubu kuat lama pejuang jihad Sunni Muslim, merupakan bandar pertama jatuh ke tangan IS dalam Januari 2014, enam bulan sebelum kumpulan itu merampas sebahagian besar Iraq dan jirannya, Syria.

Tentera, polis Iraq dan militia Syiah disokong Iran, dengan sokongan serangan udara daripada pakatan diketuai AS, mengepung Falluja semenjak lewat tahun lalu. Pejuang jihad mencegah penduduk daripada meninggalkan bandar itu selama berbulan-bulan.

Tentera ‘meminta orang ramai yang masih di Falluja untuk bersiap sedia meninggalkan bandar itu melalui laluan selamat yang akan diumumkan kemudian,’ menurut kenyataan itu, tanpa menjelaskan bila sebarang serangan akan bermula.

Timbalan pengerusi majlis daerah Fail al-Essawi mengatakan tiga koridor akan dibuka untuk orang awam berkhemah di barat, barat laut dan tenggara negara, dan satu kenyataan tentera menyusul mengatakan beberapa orang penduduk sudah mula melarikan diri.