Tentera Iraq tawan semula bandar Ramadi

Tentera Iraq tawan semula bandar Ramadi

RAMADI, Iraq, 28 Dis – Pasukan tentera Iraq melancarkan pemeriksaan bom di jalan Ramadi yang telah musnah hari ini, selepas menawan semula bandar yang telah ditawan pada Mei lalu dan meraih kemenangan besar ke atas Kumpulan Islam IS.

Beberapa kumpulan pejuang jihad mungkin masa berada di beberapa kawasan di bandar itu tetapi pihak tentera berkata ia tidak berdepan tentangan sejak pejuang-pejuang IS meninggalkan kompleks kerajaan, tempat berbahaya semalam.

Penduduk Iraq bergembira di jalan-jalan raya beberapa buah bandar lewat semalam dan para pegawai mengucapkan tahniah kepada pasukan persekutuan di atas kemenangan terbesar mereka sejak IS menguasai beberapa kawasan besar di negara itu pada tahun lalu.

“Pasukan keselamatan kini mengawal semua jalan raya.

“Tidak ada tentangan dari Daesh (IS),” kata Ibrahim al-Fahdawi, seorang pegawai keselamatan dari wilayah Anbar yang mana Ramadi adalah bandarnya.

Bekas ibu pejabat kerajaan di Ramadi adalah tumpuan pertempuran tetapi pasukan Iraq tidak bergegas memasukinya apabila IS meninggalkannya kerana keseluruhan kawasan telah dipasang dengan kelengkapan.

Pasukan pemusnah ordinan dan bahan letupan berdepan tugas besar membersihkan sebuah bandar tempat IS telah menanam beribu-ribu bom.

“Daesh telah menanam lebih 300 bahan letupan di jalan raya dan dalam bangunan kerajaan,” kata Brigadier Jeneral Majid al-Fatlawi dari divisyen tentera ke 8.

Menurutnya, “Mereka menggunakan segala-galanya dari botol oksigen hinggalah bekas tin dan plastik, yang mengandungi C-4 (bahan letupan plastik) dan klorin,” ujarnya lagi.

Beberapa pegawai tempatan berkata IS menggunakan orang awam sebagai perisai manusia untuk lari dari pertempuran apabila telah jelas kedudukan terakhir mereka di Ramadi telah musnah.

IS mempunyai anggota kira-kira 400 orang untuk mempertahankan tengah Ramadi seminggu lalu. Tidak jelas berapa ramai telah terbunuh dan pindah ke luar bandar itu. – AFP