Tentera Iraq tawan semula Nimrud

Tentera Iraq tawan semula Nimrud

BAGHDAD, 13 Nov – Tentera Iraq berkata hari ini bahawa tentera selatan Mosul telah berjaya menawan semula kawasan Nimrud, tempat kepada tapak sebuah bandar purba Assyria yang telah diletupkan oleh kumpulan Islamic State (IS).

“Unit Bahagian Berperisai ke-9 telah menawan kawasan Nimrud sepenuhnya dan menaikkan bendera Iraq di atas bangunan-bangunan,” lapor Perintah Operasi Bersama Iraq (JOC) dalam satu kenyataan yang memetik seorang pegawai tentera.

JOC tidak menyebut tapak Nimrud arkeologi itu secara khusus, yang terletak lebih kurang satu kilometer dari barat kampung itu.

Tentera Iraq ingin meneruskan misi untuk menghalau IS dari bandar kedua Mosul, kampung lain dan tapak tenggara Nimrud yang diasaskan pada abad ke-13 yang mana merupakan salah satu daripada pusat-pusat besar purba Timur Tengah.

Bandar itu telah menjadi ibu kota empayar Assyria, dimana raja-raja membina istana besar dan monumen yang telah menarik ahli-ahli arkeologi dari seluruh dunia selama lebih daripada 150 tahun. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA