Tentera Israel musnah dua kediaman warga Palestin

Tentera Israel musnah dua kediaman warga Palestin

QALANDIA, Wilayah Palestin, 4 Julai – Pasukan tentera Israel memusnahkan kediaman dua warga Palestin yang bersenjatakan pisau di Tebing Barat yang mana serangan pada Disember lalu telah membawa kepada kematian dua warga Israel, termasuk satu menerusi tembakan tidak disengajakan, kata tentera hari ini.

Kemusnahan sepanjang malam itu berlaku di kem pelarian Qalandia, di antara Baitulmuqaddis dan Ramallah, dengan empat warga Palestin cedera dalam perbalahan itu, kata seorang wartawan AFP.

Jurucakap tentera berkata tentera-tentera merobokan kediaman Issa Assaf dan Annan Hammed, yang ditembak mati ketika serangan pada 23 Disember berhampiran Old City, Baitulmuqaddis.

“Dengan bersenjatakan pisau, dua penyerang itu menikam pejalan kaki di tempat itu, membunuh Reuven Birmajer dan mencederakan seorang individu,” kata jurucakap.

“Sementara itu, Ofer Ben Ari telah dibunuh” oleh pasukan keselamatan yang menembak mati Assaf dan Hammed.

Seorang kanak-kanak Palestin duduk di sebuah rumah yang telah dimusnahkan oleh pihak berkuasa Is-rael di kem pelarian Qalandia, antara Baitulmuqaddis dan Ramallah. – AFP
Seorang kanak-kanak Palestin duduk di sebuah rumah yang telah dimusnahkan oleh pihak berkuasa Is-rael di kem pelarian Qalandia, antara Baitulmuqaddis dan Ramallah. – AFP

“Ketika pemusnahan itu, beberapa keganasan tercetus,” dengan warga Palestin membaling batu dan melepaskan tembakan, kata jurucakap. Tentera Israel melepaskan tembakan ke arah mereka “yang memulakan bantahan,” katanya.

Empat warga Palestin cedera ringan dalam pertempuran itu, menurut wartawan AFP.

Israel secara rutin memusnahkan kediaman penyerang Palestin dalam apa yang dikatakannya adalah bermakna untuk menghalang serangan lebih lanjut. Kumpulan-kumpulan hak asasi berkata ia membawa kepada hukuman kolektif, dengan keluarga dipaksa untuk menderita kerana tindakan keluarga. – AFP