Tentera Israel tembak mati warga Palestin

Tentera Israel tembak mati warga Palestin

RAMALLAH, 16 Sept – Seorang pemuda Palestin telah ditembak mati kelmarin oleh tentera Israel di bandar Bedit Oula, utara bandar Tebing Barat Hebron, kata saksi dan pasukan perubatan.

Mereka berkata bahawa Mohamed Sarahin meninggal dunia akibat luka yang dialaminya, beberapa jam selepas pasukan tentera Israel menyerbu rumahnya di bandar dan melepaskan tembakan ke arah beliau dan bapanya selepas mereka bergaduh dengan tentera.

Saksi mengatakan bahawa Sarahin dalam keadaan kritikal, apabila dia dan bapanya ditangkap.

Selepas beberapa jam, beliau dilaporkan meninggal dunia akibat luka, dan semasa dia digari.

Sejak Oktober lalu, ketegangan semakin meningkat antara Israel dan Palestin di wilayah Palestin, terutamanya di Baitulmaqdis dan Tebing Barat. Angka rasmi berkata seramai 225 rakyat Palestin dan 40 rakyat Israel terbunuh.

Ketegangan antara kedua-dua pihak berlaku berikutan penjajahan harian Israel dan serangan pasukan keselamatan Israel, di samping percubaan yang berterusan oleh kumpulan radikal Yahudi untuk memasukki Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis. – Xinhua