Tentera Jepun berjaga-jaga musnah peluru berpandu Korea Utara

Tentera Jepun berjaga-jaga musnah peluru berpandu Korea Utara

TOKYO, 8 Ogos – Menteri pertahanan Jepun yang baru dilantik hari ini mengarahkan pihak tentera negara untuk bersedia memusnahkan mana-mana peluru berpandu yang ditembakkan oleh Korea Utara yang mengancam negara itu, lapor media tempatan.

Tomomi Inada mengeluarkan arahan, kata penyiaran awam NHK, tanpa menyebut sebarang petunjuk yang Pyongyang bersedia untuk melancarkan peluru berpandu serupa.

Minggu lepas, Perdana Menteri Shinzo Abe melantik Inada, rakan rapat dengan penyokong kuat pandangan nasionalis, sebagai menteri pertahanan baru.

NHK berkata Inada dijangka akan memperbaharui arahan kesediaan setiap tiga bulan oleh itu Tokyo boleh mengekalkan keadaan berjaga-jaga.

Jurucakap kementerian pertahanan Jepun enggan untuk mengesahkan laporan tersebut.

Lantikannya berlaku pada Rabu, pada hari sama Korea Utara, menembakkan peluru berpandu yang mendarat hanya 250km luar pantainya – mengenai perairan yang dikawal Jepun buat pertama kali. – AFP