Tentera Jepun diberi misi tambahan di Selatan Sudan

Tentera Jepun diberi misi tambahan di Selatan Sudan

TOKYO, 15 Nov – Kabinet Jepun hari ini memberi persetujuannya bagi misi tambahan tentera Jepun di Selatan Sudan untuk membantu pengaman PBB dengan operasi menyelamat, satu tugas yang para pesaing katakan akan memberi risiko membabitkan tentera dalam pertempuran antarabangsa sekali gus melanggar perlembagaan pencinta damai negara itu.

Misi itu, yang tertakluk di bawah undang-undang keselamatan digubal tahun lepas, bermula dengan pengerahan 350 tentera yang akan dihantar dalam tiga peringkat bermula Ahad. Mereka akan menggantikan tentera yang pulang ke Jepun.

Jepun telah menghantar tentera ke Selatan Sudan yang dilanda perang sejak 2011, namun operasi itu hanya terhad kepada projek-projek pembinaan dalam bidang bukan tempur.

Kerajaan Perdana Menteri Shinzo Abe telah meluaskan peranan antarabangsa tentera, namun pesaing berkata ia bukan saja akan meletakkan askar Jepun dalam risiko besar, namun juga melanggar perlembagaan pencinta damai selepas Perang Dunia Kedua negara itu.

Sebahagian daripada tugasan baru tentera adalah untuk membantu menyelamatkan kakitangan PBB atau kakitangan organisasi bukan kerajaan yang diserang.

Persetujuan hari ini itu juga akan membenarkan askar-askar Jepun untuk menyertai rakan-rakan luar negeri mereka untuk mempertahankan kem pengaman PBB yang dikongsi sama.

Menteri Pertahanan, Tomomi Inada memberitahu para wartawan bahawa tugasan baru itu tidak mengehendaki askar-askar Jepun untuk menyelamatkan tentera asing yang diserang.

Katanya lagi, Jepun tidak diwajibkan untuk bertindak kepada semua perkara segera, dan tentera-tentera juga boleh menolak jika situasi itu dianggap terlalu bahaya.

Menteri Luar Negeri Fumio Kishida memberitahu para wartawan bahawa misi tambahan itu ‘adalah sangat penting’ kerana kemungkinan pada suatu ketikanya memerlukan tentera Jepun untuk menyelamatkan orang awam Jepun. – AP

ARTIKEL YANG SAMA