Tentera kembang peranan ekonomi Mesir

Tentera kembang peranan ekonomi Mesir

KAHERAH, 9 Okt – Tatkala Mesir bersedia untuk menghadapi pembaharuan berjimat cermat, tentera telah mengembang peranan ekonominya, ada kalanya membantu Presiden Abdel Fattah al-Sisi mengurangkan kesan harga meningkat ke atas penduduk miskin negara.

Berdekad-dekad lamanya, tentera, yang menghasilkan semuanya namun bukan seorang presiden sejak 1952, telah memainkan peranan ekonomi penting, menghasilkan segalanya daripada mesin cuci kepada pasta, di samping membina jalan raya dan mengendali stesen minyak.

Sejak ketibaan Sisi, bekas ketua tentera yang mengguling pemimpin Islam sebelumnya, Mohamed Morsi pada 2013, pembabitannya adalah lebih ketara di tengah langkah berjimat cermat, kekurangan wang dan kenaikan harga.

Sebagai tukaran kepada pinjaman Tabung Mata Wang Antarabangsa berjumlah AS$12 bilion, Mesir dijangka mengurangkan nilai pound, setelah mengenakan Cukai Nilai Tambahan baru.

Pada Ogos, tentera campur tangan untuk menyelesaikan kekurangan susu tepung yang menyebabkan harga naik dan membawa kepada bantahan, berjanji akan mengimportnya dan menjualnya pada separuh harga.

Ia menuduh syarikat yang mengimport susu tepung sebagai mengumpulnya untuk menaikkan harga.

Pada bulan yang sama, kementerian untuk pengeluaran tentera menandatangani satu perjanjian dengan kementerian kesihatan untuk pembinaan kilang pertama di negara untuk menghasilkan ubat kanser.

Sementara itu, tentera telah memainkan peranan dalam projek besar-besaran yang telah pun dianggap sebagai sebahagian daripada pelan pemulihan ekonomi negara, seperti peluasan Terusan Suez.

“Tentera berusaha mengembang peranannya dalam sektor ekonomi baru,” kata Amr Adly, profesor ekonomi di Universiti Kaherah Amerika.

Adalah sukar untuk menilai bahagian tentera dalam ekonomi dan butir-butir belanjawannya tidak dibenarkan untuk disiarkan.

“Peranan ekonomi tentera pastinya telah berkembang dari segi kuantiti dan kualiti,” kata Yezid Sayigh, profesor madya di Pusat Timur Tengah Carnegie di Beirut.

“Kumpulan kepentingan dalam tentera telah menemui satu peluang untuk melaksanakan projek menguntungkan,” kata beliau.

“Presiden Sisi memberi tugas pihak tentera untuk mengambil peranan hadapan dalam projek-projek besar disebabkan oleh kemusnahan dalam institusi awam yang tidak lagi dapat memainkan peranan tersebut,” katanya.

Saham pihak tentera bagaimanapun, masih lagi kekal kecil, menurut penganalisis. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA