Tentera laut China mula latihan di LCS

Tentera laut China mula latihan di LCS

BANGKOK, 22 Julai – Tentera laut China memulakan latihan eksais di Laut China Selatan (LCS) hari ini, menurut laporan media kerajaan.

Latihan ketenteraan 10 hari itu telah dilancarkan di tengah-tengah ketegangan memuncak berhubung kedaulatan Laut China Selatan. Beberapa buah negara Asia, termasuk Filipina, Vietnam dan yang lain, menuntut kuasa ke atas perairan dan pulau-pulau sekitarnya.

Semasa latihan itu, China tidak akan membenarkan ‘mana-mana kapal….untuk memasuki kawasan maritim yang ditandakan,” kata Pentadbiran Keselamatan Maritim China, menurut agensi berita Xinhua.

Minggu lepas, Laksamana Scott Swift, komander US Pacific Fleet, mengambil bahagian dalam pengawasan udara tujuh jam ke atas Laut China Selatan, satu petanda yang meningkatkan kebimbangan Amerika Syarikat tentang perairan yang dipertikaikan itu, menurut laporan. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA