Tentera Laut Myanmar iringi bot pendatang ke Bangladesh

Tentera Laut Myanmar iringi bot pendatang ke Bangladesh

YANGON, 2 Jun (Reuters) – Tentera laut Myanmar sedang mengiringi sebuah bot yang penuh dengan 727 penghijrah yang ditinggalkan ke perairan negara jiran Bangladesh, empat hari selepas memintasnya di Laut Andaman, kata menteri maklumat negara hari ini.

Penghijrah, yang ditemui terapung-apung pada Jumaat dalam bot perikanan yang dimasuki air, mahu pergi ke Bangladesh dan bukannya Myanmar dan tentera laut sedang menghulurkan bantuan kepada mereka, kata Ye Htut, yang juga merupakan jurucakap presiden Myanmar.

“Tentera laut Myanmar akan mengiringi mereka ke perairan Bangladesh. Mereka akan menyediakan air, makanan dan barangan lain kepada mereka,” beritahunya kepada Reuters menerusi telefon. “Ia adalah berdasarkan hasrat mereka, kami akan bekerjasama dengan mereka untuk menghantar mereka ke Bangladesh.”

Ye Htut tidak berkata di mana penghijrah berasal.