Tentera laut temui berpuluh bot penghijrah

Tentera laut temui berpuluh bot penghijrah

YANGON, 14 Julai (AFP) – Tentera laut Myanmar telah menemui sekitar beratus-ratus penghijrah yang terkandas selama beberapa minggu di sebuah pulau selatan, menurut media kerajaan hari ini, dalam kejadian krisis bot serantau awal tahun ini.

Sekumpulan 102 lelaki telah dibawa oleh tentera laut Myanmar ke luar pantai rantau Tanintharyi paling selatan negara itu, menurut satu laporan daripada Global New Light of Myanmar.

“Beberapa daripada mereka mengatakan telah dibawa secara paksa dari negara mereka, sementara yang lain melaporkan telah dijanjikan oleh penyeludup manusia untuk bekerja di Malaysia,” menurut laporan, yang mengatakan semua mereka yang ditemui itu berasal dari Bangladesh.

Menurutnya mereka telah meninggalkan pulau itu awal Jun dan telah ditemui antara akhir bulan Jun dan 12 Julai.

Laporan itu juga tidak mengandungi butiran tentang di mana mereka pada masa ini telah ditahan.