Tentera Libya serang kubu utama IS

Tentera Libya serang kubu utama IS

KAHERAH, 12 Jun – Pegawai media Libya berkata bahawa tentera pro-kerajaan yang berjuang untuk mengusir kumpulan Negara Islam dari kubu utama Sirte menemui beberapa mayat militan, digari dan ditembak di kepala, di dalam berek tentera di bandar itu.

Ahmed Hadiya ketika memberitahu The Associated Press pada Jumaat lalu, sekurang-kurangnya enam mayat ditemui di dalam berek al-Saadi selepas tempat itu ditakluki oleh tentera bersekutu kerajaan PBB yang melancarkan misi operas tersebut.

Beliau menambah misi serangan untuk menakluki bandar Mediterranean hampir berada di ‘peringkat akhir’ dan para pejuang IS akan dapat ditumpaskan secara muktamad.