Tentera mesti bangunkan teknologi terkini

Tentera mesti bangunkan teknologi terkini

BEIJING, 14 Mac (Reuters) – Tentera China mestilah berusaha dalam menghasilkan teknologi pertahanan canggih, yang mempunyai kepentingan strategik, kata Presiden China Xi Jinping semalam, menurut laporan media negeri.

Xi juga menekankan usaha memprofesionalkan kakitangan tentera negara, lapor akhbar China Daily hari ini. Angkatan bersenjata telah lama dibelenggu rasuah, di mana pegawai kanan mengingatkan akan menggugat keupayaan penggempuran.

Xi, yang juga mempengerusikan Suruhanjaya Tentera Utama, telah menyasarkan pegawai tentera korup sebagai sebahagian daripada kempen membanteras rasuah yang telah menyingkirkan ramai musuh politik. Keupayaan untuk menjalankan pembaharuan akan menentukan masa depan angkatan bersenjata China, kata beliau, memberi taklimat kepada penggubal undang-undang daripada tentera.

China telah mencurah wang dalam beberapa tahun ini untuk memajukan industri pengeluaran senjata teknologi tinggi. Ia telah menemui pembeli di antara negara yang tidak mampu membeli senjata daripada Amerika Syarikat dan sekutunya.

Xi Jinping semasa majlis penutup Persidangan Perundingan Politik Rakyat China (CPPCC) di Dewan Besar Rakyat, di Beijing, China. – Reuters
Xi Jinping semasa majlis penutup Persidangan Perundingan Politik Rakyat China (CPPCC) di Dewan Besar Rakyat, di Beijing, China. – Reuters

Kebangkitan tentera China telah membimbangkan negara Asia, termasuk Jepun, Vietnam dan Filipina, di mana Beijing mempunyai perbalahan wilayah laut dengan mereka.

Xi berusaha membabitkan Tentera Pembebasan Rakyat, angkatan bersenjata terbesar dunia, dalam era moden, membuang 300,000 pekerja dan memperbaharui struktur era Perang Dinginnya.

China berkata pada awal bulan ini ia akan menambah perbelanjaan tentera sebanyak 7.6 peratus pada tahun ini, pertambahan paling rendah dalam enam tahun, di tengah ekonomi meleset.

China, ekonomi kedua terbesar dunia, semakin terdedah kepada krisis antarabangsa seperti Timur Tengah tetapi tidak mempunyai pengalaman untuk menghadapi dan mengatasinya, tidak seperti kuasa berpengaruh seperti Amerika Syarikat dan Rusia.