Tentera Mexico siasat tuduhan serangan seksual

Tentera Mexico siasat tuduhan serangan seksual

MEXICO CITY, 5 Feb – Tentera laut Mexico berkata ia sedang menyiasat tuduhan-tuduhan di mana anggota marinnya telah membuat serangan seksual atau mendera enam wanita, menandakan dakwaan terbaru penyalahgunaan kuasa terhadap tentera negara itu.

Pengumuman itu dibuat selepas Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan mengarahkan siasatan dan persetujuan terhadap dakwaan pada 2012.

Suruhanjaya itu berkata, wanita terbabit diseksa atau didera secara seksual atau kedua-duanya. Katanya, seorang mangsa memberi keterangan bahawa dia sedang bersarapan di kawasan penjaja di timur wilayah Veracruz dan dibawa menaiki kereta ketika diacu pistol dan menuju pangkalan tentera laut tanpa sebarang penjelasan pada 13 April 2012.

Wanita itu memberitahu, anggota marin itu memukulnya dan menggunakan renjatan elektrik di bahagian alat kelamin dan buah dadanya.

Pada hari yang sama, seorang lagi mangsa berkata, dia berada di rumahnya di Boca del Rio, apabila anggota marin masuk kediamannya dan membawanya pergi.

Dia dibawa ke pangkalan tentera laut dengan empat lagi wanita yang turut dipukul dan diberikan renjatan elektrik di bahagian alat kelamin dan kaki sehingga mengakibatkan jari tumit hancur.

Lima wanita itu dibawa ke pejabat ketua pendakwa raya di Mexico City untuk disiasat.

Dalam kes lain, empat anggota tentera telah ditahan dan didakwa menculik dan membunuh tujuh remaja di negeri utara Zacatecas pada Julai 2015. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA