Tentera Myanmar bebas 46 askar kanak-kanak

Tentera Myanmar bebas 46 askar kanak-kanak

YANGON, 13 Mac (AFP) – Media kerajaan hari ini melaporkan Tentera kuat Myanmar yang membebaskan 46 askar kanak-kanak dari perkhidmatan, langkah terbaru ke arah menamatkan penderitaan dan permusuhan yang telah lama melanda di negara itu.

Tentera komited untuk menamatkan pengambilan dan penggunaan kanak-kanak dalam tentera ’Tatmadaw’ berikutan perjanjian Jun 2012 dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Berasatu (PBB). Tetapi kemajuannya adalah sangat perlahan.

46 kanak-kanak telah diserahkan kepada keluarga mereka dalam satu majlis di Yangon pada hari Sabtu lalu, New Light Global Myanmar melaporkan.

“Pihak tentera telah mengeluarkan 744 rekrut di bawah umur dalam 12 kelompok termasuk pembebasan semalam,” kata laporan itu.

“Tatmadaw komited untuk menghapuskan ahli-ahli tenteranya yang di bawah umur,” akhbar itu memetik Mejar Jeneral Tauk Tun sebagai berkata dalam majlis tersebut.

Tiada angka yang tepat dapat disahkan terhadap jumlah kanak-kanak yang sedang berkhidmat dalam tentera yang besar di Myanmar itu, yang telah menghadapi tuduhan pencabulan hak asasi, termasuklah pengambilan paksa kanak-kanak untuk bekerja sebagai porter atau membohongi minda manusia.