Tentera Nigeria kena tuding jari

Tentera Nigeria kena tuding jari

ABUJA, 4 Jun (Reuters) – Lebih 8,000 orang meninggal dunia ketika ditahan angkatan bersenjata Nigeria kjetika kempen menentang kumpulan militan Islam Boko Haram, menurut Amnesty International semalam, dakwaan yang dinafikan oleh tentera.

Kumpulan itu berkata ramai banduan dihukum mati dan yang lain maut akibat kebuluran, kesesakan, penyeksaan dan tidak diberikan bantuan perubatan.

Pemberontakan Boko Haram selama enam tahun mengorbankan beribu-ribu orang dan menyebabkan 1.5 juta orang kehilangan tempat tinggal.

Kumpulan itu mahu menubuhkan khalifah Islam di timur laut Nigeria, ekonomi terbesar dan pengeksport minyak utama Afrika.

Presiden baru, Muhammadu Buhari, sudah pun berikrar untuk menumpaskan Boko Haram dan sedang mengadakan rundingan dengan rakan-rakan sejawatnya di negara jiran Niger dan Chad mengenai bagaimana cara terbaik untuk menangani pemberontakan.

Militan-militan menguasai sebahagian besar wilayah sebesar saiz Belgium pada awal tahun tetapi sudah kehilangan kebanyakan daripadanya sejak beberapa bulan lepas ekoran usaha gabungan tentera dari Nigeria dan Niger, Chad serta Cameroon.

Amnesty berkata tentera Nigeria sudah memberkas beribu-ribu lelaki dewasa dan budak lelaki, sebahagiannya berusia seawal sembilan tahun, di kubu kuat Boko Haram.

Ramai di kalangan yang diberkas dikenakan hukuman mati atau meninggal dunia ketika dalam tahanan jika keluarga mereka tidak mampu untuk membayar rasuah.

ARTIKEL YANG SAMA