Tentera Nigeria siasat serangan Boko Haram

Tentera Nigeria siasat serangan Boko Haram

ABUJA, 8 Feb – Tentera Nigeria semalam berkata ia telah melancarkan penyiasatan ke atas serangan baru-baru ini oleh militan Boko Haram yang telah meragut berbelas-belas jiwa berhampiran Maiduguri, bandar negeri timur laut Borno.

Kira-kira 85 orang terbunuh apabila pemberontak-pemberontak menyerbu dan membakar sebuah kampung pada 30 Januari lalu, serangan ketiga dalam tempoh empat hari yang menafikan dakwaan Presiden Muhammadu Buhari bahawa Nigeria telah sebahagian besarnya menumpaskan kumpulan pejuang jihad.

“Serangan malang baru-baru ini oleh para pengganas Boko Haram ke atas komuniti berhampiran Maiduguri, di sebalik kejayaan kami menimbulkan kebimbangan,” kata pihak tentera.

“Tentera Nigeria telah pun memulakan penyiasatan ke atas serangan itu. Semua kes tidak disiplin dan tindakan salah laku yang berkaitan termasuklah penyalahgunaan hak asasi kemanusiaan dalam operasi itu akan dibicarakan oleh Mahkamah Tentera Khas,” menurut kenyataan itu tanpa mengesahkan apakah yang disiasat oleh penyiasatan itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA