Tentera Pakistan bunuh 2,763 militan

Tentera Pakistan bunuh 2,763 militan

ISLAMABAD, 14 Jun (AFP) – Tentera Pakistan semalam melaporkan sudah membunuh lebih 2,700 militan sejak permulaan operasi besar-besaran di sempadan Afghanistan setahun lalu dengan serangan udara terbaru mengorbankan 20 anggota militan.

Serangan pada Sabtu itu berlaku di kawasan Datta Khel di wilayah puak Utara Waziristan.

“Sekurang-kurangnya 20 pengganas terbunuh dalam serangan udara,” kata tentera dalam satu kenyataan, tanpa memberikan identiti mereka yang terbunuh atau untuk siapa mereka berjuang.

Kawasan diserang itu adalah kubu kuat Taliban dan militan asing yang dikaitkan dengan al-Qaeda. Wartawan tidak boleh mengakses zon konflik itu, menjadikannya sukar untuk mengesahkan jumlah dan identiti mereka yang terbunuh.

Tentera memulakan kempen besar-besaran terhadap Taliban dan kubu kuat militan lain di Utara Waziristan pada Jun tahun lalu.

ARTIKEL YANG SAMA