Tentera Pakistan lindungi pelaburan China

Tentera Pakistan lindungi pelaburan China

GWADAR, Pakistan, 8 Feb – Kehadiran polis yang ramai, konvoi-konvoi yang dikawal, pos pemeriksaan baru dan penguatkuasa tentera telah menukar sebahagian dari bandar pelabuhan setalan Gwadar menjadi sebuah kubu, ketika tentera Pakistan berusaha untuk melindungi berbilion pelaburan dari China.

Melindungi jalan-jalan raya koridor ekonomi yang bernilai AS$46 bilion, kereta api dan saluran-saluran paip dari barat laut China ke pesisir Laut Arab, Pakistan adalah cabaran besar di negara di mana militan Islam dan lelaki bersenjata adalah ancaman yang tetap.

Pasukan – pasukan bersenjata dan kementerian dalam negeri telah menghantar beratus-ratus tentera tambahan dan polis ke Gwadar, pusat selatan yang digelar Koridor Ekonomi China-Pakisan (CPEC), dan lebih ramai lagi dalam perjalanan. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA