Tentera Saudi bunuh lebih 40 militia Houthi

Tentera Saudi bunuh lebih 40 militia Houthi

RIYADH, 4 Sept – Tentera Arab membunuh lebih 40 militia Houthi hari ini di bandar sempadan Arab, Jazan semasa percubaan masuk ke negara itu, berita tempatan Al Arabiya melaporkan.

Tentera-tentera Arab juga memusnahkan kenderaan dan kereta kebal militia ‘semasa serangan itu, menurut laporan.

Tentera-tentera, gabungan Arab yang mengetuai pertempuran Houthi di Yaman, telah melancarkan serangan peluru berpandu terhadap militia di bandar-bandar sempadan Saudi.

Peperangan itu tidak menunjukkan tanda-tanda tamat selepas perbincangan akhir kumpulan politik Yaman di Kuwait buntu. – Xinhua