Tentera seran...

Tentera serang kubu kuat IS

BEIRUT, 12 Feb – Pasukan tentera Turki dan sekutu-sekutu pemberontak Syria mereka memasuki bandar Al-Bab, yang dikuasai kumpulan Islam IS di utara Syria semalam, ketika pasukan kerajaan bergerak lebih dekat ke kubu pasukan jihad, menurut pihak pemerhati.

Agensi berita Anadolu yang dikendali kerajaan Turki memetik sumber ketenteraan sebagai berkata seorang tentera Turki terkorban dan seorang lagi cedera dalam pertempuran dengan IS di Al-Bab.

Pasukan Turki dan kumpulan pemberontak sekutunya selama beberapa minggu meneruskan operasi dengan nama kod Euphrates Shield untuk mengusir para pejuang jihad dari bandar bergolak itu.

Pemerhati Hak Kemanusiaan Syria berkata pasukan tentera Turki dan militia sekutunya telah memasuki Al-Bab dari barat dan kemudian menguasai penuh pinggir kota barat selepas pertempuran sengit dengan kumpulan pejuang jihad.

Pertempuran itu berbetulan dengan ‘bedilan dan serangan udara intensif Turki’ ke atas Al-Bab, menurut pihak pemerhati yang beribu pejabat di AS. – AFP

Pejuang Turki yang disokong mara di luar bandar Syria utara al-Bab dalam usaha untuk masuk ke kota dan mengambil semula kawalan dari kumpulan Islamic State pada 9 Februari 2017. – AFP
Pejuang Turki yang disokong mara di luar bandar Syria utara al-Bab dalam usaha untuk masuk ke kota dan mengambil semula kawalan dari kumpulan Islamic State pada 9 Februari 2017. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA