Tentera Syria capai rundingan

Tentera Syria capai rundingan

DAMSYIK, 13 Nov (AFP) – Tentera Syria memperoleh kemenangan kedua dalam dua hari semalam sebelum rundingan antarabangsa di Vienna, tetapi AS mengingatkan satu perjanjian tidak mungkin dicapai tanpa persetujuan mengenai nasib Presiden Bashar al-Assad.

Televisyen mengumumkan penaklukan Al-Hader, bekas kubu pembangkang berhampiran lebuh raya Aleppo-Damsyek, 48 jam selepas tentera rejim mematah satu kepungan oleh kumpulan Islamic State di pangkalan tentera udara Kweyris di timur wilayah Aleppo.

Dibantu oleh pelancaran serangan udara Rusia di Syria pada akhir September, tentera Assad telah melancarkan beberapa siri serangan untuk menawan semula kawasan yang tewas dalam perang saudara empat tahun.

Dalam satu peringatan mengenai kesan sampingannya, IS mendakwa bertanggungjawab terhadap dua pengeboman berani mati yang membunuh lebih daripada 40 orang di selatan pinggir bandar Beirut dalam serangan paling teruk bertahun-tahun lamanya.

Satu kempen baru untuk menyelesaikan konflik Syria telah mengumpul momentum, dengan pegawai diplomatik telah pun tiba di Vienna sebelum rundingan mengumpul bersama kira-kira 20 negara dan badan antarabangsa esok.

Mereka berharap dapat mencapai persetujuan mengenai satu struktur untuk peralihan politik dan memutuskan sama ada kerajaan Syria, pemberontak dan puak pembangkang – tidak ada satupun yang diwakili pada rundingan – akan membentuk masa depan negara itu.

Pertengkaran telah pun meletus di antara Rusia dan Iran, yang menyokong Assad, dan kuasa Barat yang mahu menyingkirnya, dan tatkala kumpulan kerja pertama berkumpul semalam, Moscow mengkritik AS kerana cuba memecahbelahkan peserta.

Sebelum berlepas ke Eropah, Setiausaha Negara AS John Kerry mengingatkan ‘benteng kesangsian yang wujud dalam Syria, dalam rantau, dan dalam komuniti antarabansga’ bermakna rundingan Vietnam tidak mungkin berakhir dengan perjanjian.

ARTIKEL YANG SAMA