Tentera Syria setujui perdamaian Aleppo

Tentera Syria setujui perdamaian Aleppo

ALEPPO, Syria, 5 Mei (AFP) – Menerima tekanan daripada Rusia dan Amerika Syarikat (AS), tentera Syria bersetuju semalam untuk menghormati gencatan senjata selama dua hari di bandar Aleppo.

Pengalahan Syria berlaku selepas Washington berkata AS dan Rusia telah bersetuju untuk mendesak pihak berperang supaya melanjutkan gencatan senjata mereka.

“Satu gencatan senjata akan dikuatkuasakan di Aleppo selama 48 jam dari pukul 1:00 pagi pada hari ini,” kata tentera Syria, menurut media negeri.

Kementerian pertahanan Rusia berkata pengawas gencatan senjata telah bersetuju dengan rakan sejawatan AS mereka untuk menyelia gencatan senjata sehingga tengah malam pada 6 Mei.

Namun bagi pihaknya, Setiausaha Negara AS John Kerry berkata gencatan senjata Aleppo baru telahpun bermula pada tengah malam waktu Syria dan keganasan telahpun reda.

Kesan-kesan pertempuran di antara rejim Syria dan tentera pembangkang di Aleppo. – AP
Kesan-kesan pertempuran di antara rejim Syria dan tentera pembangkang di Aleppo. – AP

Di darat, wartawan AFP berkata pertempuran sengit berterusan di Aleppo dan kawasan di barat Damsyek yang telahpun diletak di bawah rejim gencatan senjata.

“Kami telah melihat pengurangan keganasan di kawasan berkenaan walaupun terdapat beberapa laporan tentang pertempuran berterusan di beberapa lokasi,” kata Kerry.

Kerry menambah pegawai AS di Geneva sedang menyelaras bersama rakan sekerja Rusia mereka mengenai “usaha pengawasan untuk pemberhentian baru ini.”

Beliau menekankan bahawa Washington, “pemberhentian kegansan” mesti tersebar di seluruh negara dan menekankan kepulangan kepada rundingan perdamaian oleh kedua-dua pihak di Geneva.

Rusia dan AS adalah penaja bersama perjanjian pelucutan senjata pada 27 Februari yang telah mula menemui kegagalan, terutamanya di Aleppo.

Bandar itu dibahagi di antara tentera kerajaan Bashar al-Assad, tentera pembangkang yang disokong Barat dan pemberontak Barisan Al-Nusra yang tidak menyokong gencatan senjata.

Pada minggu lalu, Rusia bersetuju dengan satu pelucutan senjata di Latakia dan pinggir bandar Damsyek tetapi berkata Assad harus dibenarkan menentang “pengganas” Al-Nusra di Aleppo.