Tentera Syria takluki kawasan sekitar Aleppo

Tentera Syria takluki kawasan sekitar Aleppo

MUNICH/BEIRUT, 14 Feb – Rusia berkata semalam satu pelan gencatan senjata Syria kemungkinan besar akan menemui kegagalan dan bukannya kejayan, tatkala tentera kerajaan Syria yang disokong oleh serangan udara Rusia menakluki kawasan pemberontak berhampiran Aleppo dan bercita-cita menawan kubu Islamic State wilayah Raqqa. Perbezaan pendapat antarabangsa mengenai Syria timbul sekali lagi pada persidangan Munich di mana Rusia menolak dakwaan Perancis mengatakan ia sedang mengebom orang awam, beberapa hari selepas kuasa dunia bersetuju untuk ‘mengakhiri keganasan’ dijangka bermula dalam masa seminggu.

Setiausaha Negara AS John Kerry mengulangi tuduhan mengatakan Rusia sedang mensasarkan ‘kumpulan pembangkang sah’ dan orang awam dengan kempen pengebomannya di Syria dan berkata Moscow mesti mengubah sasarannya untuk menghormati perjanjian gencatan senjata.

Konflik itu, dicetus semula oleh campur tangan Rusia pada September lalu, telah menjadi semakin sengit sejak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berusaha memulihkan rundingan perdamaian. Ia digantung pada awal bulan ini di Geneva sebelum mereka dikuatkuasakan. Tentera Turki membedil sasaran militia Kurdish YPG berhampiran bandar utara Syria Azaz semalam, kata Perdana Menteri Turki Ahmet Davutoglu, menuntut kumpulan berkenaan supaya berundur daripada tanah yang ditaklukinya baru-baru ini.

Amerika Syarikat menggesa Turki dan Kurdish Syria supaya berundur dan menumpu sebaliknya untuk mengatasi “ancaman umum” militan Islamic State yang mengawal sebahagian besar kawasan Syria.

Tentera Syria dijangka menyerang wilayah yang dikawal oleh Islamic Sate Raqqa untuk kali pertama sejak 2014, jelasnya untuk menghalang sebarang tindakan oleh Arab Saudi untuk menghantar tentera darat ke Syria untuk menentang pemberontak berani mati. Satu sumber tentera Syria berkata tentera menawan kedudukan di sempadan wilayah di antara Hama dan Raqqa dalam tempoh dua hari lalu dan berhasrat untuk mara selanjutnya. “Ia merupakan satu petunjuk tentang operasi akan datang ke atas Raqqa. Pada umumnya, barisan depan Raqqa sudah terbuka bermula dalam hala kawasan Tabqa,” kata sumber. Tabwa adalah lokasi pangkalan tentera udara yang ditakluki oleh Islamic State dua tahun lalu, dan sumber berkata tentera telah mara dalam jarak 35km dari pangkalan. – Reuters