Tentera Syria tawan kawasan pemberontak, orang awam melarikan diri

Tentera Syria tawan kawasan pemberontak, orang awam melarikan diri

ALEPPO, Syria, 28 Nov – Tentera kerajaan telah mengambil semula satu pertiga daripada wilayah yang dikuasai pemberontak di Aleppo, memaksa hampir 10,000 orang awam untuk melarikan diri apabila mereka melancarkan serangan mereka bagi merebut kembali bandar kedua Syria.

Dalam satu kejayaan besar dalam usaha untuk merebut kembali seluruh bandar, tentera rejim telah menawan enam daerah yang dikuasai pemberontak di timur Aleppo pada hujung minggu, termasuk Masaken Hanano, daerah terbesar di timur Aleppo.

Pada hari Ahad, hari ke-13 operasi, mereka juga menguasai kawasan-kawasan perumahan bersebelahan Jabal Badra dan Baadeeen dan menawan tiga yang lain, Balai Cerap Syria bagi Hak Asasi Manusia berkata.

Inzarat, Al-Sakan al-shaabi dan Ain al-Tall kesemuanya telah kembali ke tangan rejim dan tentera kerajaan yang telah membuat penerokaan besar ke dalam Sakhur dan berdekatan Haidariya, kata pemantau. Ia berkata tentera kerajaan berada “dalam kawalan di kebanyakan bahagian utara” Aleppo.

“Para pemberontak telah kehilangan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada wilayah yang pernah dikawal mereka di Aleppo,” kata Ketua Balai Cerap Rami Abdel Rahman.

Orang awam melarikan diri dari bahagian timur bandar itu dalam masa 24 jam yang lalu apabila tentera rejim semakin mara ke daerah yang dikuasai pemberontak kelmarin. – AFP
Orang awam melarikan diri dari bahagian timur bandar itu dalam masa 24 jam yang lalu apabila tentera rejim semakin mara ke daerah yang dikuasai pemberontak kelmarin. – AFP

Kemaraan rejim datang apabila pesawat udara menyerang kedudukan pemberontak dan di tengah-tengah pertempuran sengit antara pembangkang dan tentera yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad di daerah strategik Sakhur.

Masaken Hanano adalah daerah pertama di mana pemberontak menawannya pada musim panas tahun 2012. Sekitar 250,000 orang awam dikepung selama berbulan-bulan di timur dan telah menghadapi kekurangan makanan dan bahan api yang serius.

Pemerhati berkata, hampir 10,000 orang awam telah melarikan diri dari timur Aleppo semalaman pada Sabtu – sekurang-kurangnya 6,000 penduduk ke daerah utara Kurdish yang dikawal Sheikh Maksoud, dengan yang lain melarikan diri ke kawasan yang dikawal kerajaan.

“Ia adalah penghijrahan besar-besaran yang pertama seumpamanya dari timur Aleppo sejak 2012,” kata Abdel Rahman. – AFP