Tentera Syria tembak jatuh pesawat perang Israel

Tentera Syria tembak jatuh pesawat perang Israel

DAMSYIK, 14 Sept – Tentera Syria mendakwa berjaya menembak jatuh sebuah pesawat perang Israel dan satu dron, hari ini sebagai tindak balas terhadap kedudukan tentera negara itu.

“Pertahanan udara kami berjaya menyekat serangan sebelum menembak jatuh pesawat tentera di selatan wilayah Quneitra. Turut ditembak adalah sebuah dron di wilayah Damsyik,” kata satu kenyataan tentera Syria yang disiarkan dari agensi berita kebangsaan SANA.

Syria menuduh Israel menyokong beberapa kumpulan pengganas bersenjata di selatan negara itu.

Namun, difahamkan tentera Zionis pantas menafikan pesawat mereka ditembak jatuh. Sebelum ini, tentera Israel berkata, ia menyasarkan kedudukan tentera Syria susulan bedilan dari negara jiran itu ke zon kawalan di Bukit Golan, semalam. – AFP