Tentera Thai-Brunei erat hubungan

Tentera Thai-Brunei erat hubungan

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Jan – Bersempena Hari Angkatan Tentera Diraja Thailand tahun ini, Kedutaan Thailand di Bandar Seri Begawan telah mengadakan Majlis Makan Malam Resepsi yang berlangsung di Dewan VIP, Hotel Antarabangsa Rizqun, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit dan isteri.

Turut hadir ialah Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan, Datin Paduka Hajah Suriyah binti Haji Omar dan ahli-ahli kor diplomatik di negara ini, para pegawai kanan kerajaan dan swasta.

Duta Besar Thailand ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Chirdchu Raktabutr semasa menyampaikan ucapannya berkata, majlis itu bertujuan untuk mengeratkan lagi tali silaturahim di antara Thailand dan Negara Brunei Darussalam khususnya dalam bidang pertahanan.

Tetamu kehormat dan Duta Thailand memotong kek sempena Hari Angkatan Tentera Diraja Thailand.
Tetamu kehormat dan Duta Thailand memotong kek sempena Hari Angkatan Tentera Diraja Thailand.
Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz dan isteri semasa hadir pada majlis itu.
Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz dan isteri semasa hadir pada majlis itu.
Tuan Yang Terutama Chirdchu Raktabutr semasa berucap pada majlis itu.
Tuan Yang Terutama Chirdchu Raktabutr semasa berucap pada majlis itu.

“Angkatan tentera dari kedua-dua negara ini sering kali berinteraksi melalui latihan dua hala dan pelbagai hala, lawatan dan juga pertukaran profesional,” jelas Tuan Yang Terutama.

Selain itu, majlis berkenaan juga untuk memperingati pengorbanan yang telah dilakukan oleh anggota tentera Thailand yang juga dikenali sebagai ‘Fence of Nation’ di mana mereka telah memainkan peranan penting dalam memberikan perlindungan kepada Thailand.

Majlis resepsi kemudian menyaksikan upacara memotong kek bersempena dengan Hari Angkatan Tentera Diraja Thai bagi tahun 2016.

ARTIKEL YANG SAMA