Tentera Turki halang serangan IS

Tentera Turki halang serangan IS

ANKARA, 8 Jan (AFP) – Tentera Turki telah menghalang serangan jihad negara Islam (IS) di kem latihan bagi melatih pejuang Iraq di luar bandar Mosul di Iraq, sumber kerajaan Turki, hari ini.

“Terdapat pertempuran dan penembakan berlaku di sekitar kem Bashiqa dan Daesh bagi menghalang serangan,” kata sumber kerajaan Turki kepada AFP.

Beberapa orang tentera jihad terbunuh dalam pertempuran lewat semalam, kata sumber itu, sambil menambah bahawa tiada askar Turki cedera atau mati. Laporan media Turki berkata 18 pejuang IS terbunuh.

Tentera Turki telah menggunakan kem Bashiqa untuk melatih pejuang Iraq tempatan untuk merebut kembali bandar Mosul dari IS.

Tetapi kehadiran mereka, yang dialu-alukan oleh pihak berkuasa tempatan di Kurdistan Iraq, telah menjadi satu perbalahan dengan pusat kerajaan Iraq agar tentera Turki untuk meninggalkan tempat tersebut.

Turki pada Disember lalu menarik balik sebahagian daripada tentera mereka selepas datangnya tekanan dari Amerika Syarikat. Tetapi belum jelas jumlah tentera yang masih berada di kem itu.

Empat tentera Turki cedera pada 16 Disember lalu apabila jihad IS menembak mortar ke kem latihan, yang mengakibatkan dua rakyat Iraq terbunuh.