Tentera Vietnam, Filipina bersuka ria di pulau yang dipertikaikan

Tentera Vietnam, Filipina bersuka ria di pulau yang dipertikaikan

MANILA, 27 Mei (Reuters) – Pasukan tentera Vietnam dan Filipina bermain bola sepak dan berkaraoke di sebuah pulau Laut China Selatan hari ini yang membayangkan hubungan keselamatan yang semakin meningkat antara kedua-dua negara Asia Tenggara itu yang paling berselisih faham dengan Beijing berhubung laluan perairan yang dipertikaikan.

Kerjasama telah berkembang antara Hanoi dan Manila sejak mereka mengenepikan perseteruan berdekad-dekad lamanya berhubung tuntutan mereka yang bersaingan di kepulauan Spartly untuk cuba menentang China, yang pembentukan kepulauan buatan olehnya di rantau itu akan membolehkannya merancang mengukuhkan kuasanya ke dalam nadi maritim Asia Tenggara.

Para pegawai laut kanan Filipina berkata permainan bola sepak dan bola keranjang diadakan di pulau Cay Timur Laut yang dikuasai Filipina. Sebuah kapal tentera laut Vietnam sebelumnya membawa kira-kira 60 kelasi Vietnam ke pulau itu, yang mana 100 orang pasukan tentera Vietnam telah hadir di situ, menurut mereka lagi.

“Kami akan bergembira bersama-sama. Kegiatan ini membantu meningkatkan tahap keselesaan pasukan tentera di kawasan bertikai dan akan mengukuhkan hubungan antara kedua-dua tentera laut kami,” kata pegawai laut kanan Filipina.

Jurucakap kementerian luar negeri China, Hua Chunying berkata dia tidak menyedari tentang kegiatan itu tetapi kedudukan konsisten China ialah ‘kami tidak akan mengganggu yang lain.”

“Tetapi bagi kedaulatan dan integriti wilayah China, azam dan kemampuan kami untuk mempertahankan apa yang ada di situ,” ujar Hua. Ketegangan telah meningkat di Spratlys dalam beberapa bulan kebelakangan ketika China berusaha menegaskan tuntutannya ke atas perairan yang kaya dengan hasil tenaga itu, dengan memberi amaran kepada pesawat udara tentera Filipina dan AS menjauhi terumbu yang telah diubah menjadi pulau.

Beijing dan Washington saling tuduh menuduh memarakkan ketidakstabilan.

China menuntut kebanyakan kawasan Laut China Selatan, yang mana dagangan yang dibawa kapal bernilai $5 trilion melaluinya setiap tahun.

Filipina, Vietnam, Malaysia, Taiwan dan Brunei juga membuat tuntutan. Kubu milik kepada semua penuntut melainkan Brunei berselerak di seluruh Spartlys.

ARTIKEL YANG SAMA