Tentera Zionis mengganas lagi

Tentera Zionis mengganas lagi

RAMALLAH, 21 Jun (AFP) – Tentera Zionis menembak mati seorang penduduk Palestin dan mencederakan dua lagi berhampiran kampung Beit Ur di Tebing Barat awal hari ini.

Pegawai keselamatan Palestin menamakan mangsa yang terkorban sebagai Mahmoud Badran, 20 dan berkata pegawai Israel memberitahu tentera melepaskan tembakan ke arah mereka kerana membaling batu pada kenderaan di lebuh raya Israel.

Tentera berkata, ia menyiasat kejadian itu tetapi media Israel melaporkan beberapa kendera-an rosak dan dua pemandu cedera ringan terkena serpihan kaca pandang belakang yang pecah selepas dibaling botol dan batu besar.

Jalan itu melalui Tebing Barat beberapa kilometer dari Baitulmaqdis ke Tel Aviv. Sejak Oktober lalu, keganasan di Israel dan Palestin sudah mengorbankan 209 penduduk Palestin dan membunuh 32 penduduk Israel.