Terap kesedaran menerusi peristiwa Israk Mikraj

Terap kesedaran menerusi peristiwa Israk Mikraj

Oleh Siti Nur Wasimah S.

Gambar oleh SR Bendahara Sakam Bunut

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Mei – Bagi sama-sama menyemarakkan lagi Sambutan Israk Mikraj, Sekolah Rendah Bendahara Sakam Bunut, Kluster 2 telah mengadakan Ceramah Khas Israk Mikraj di Bilik Perpustakaan sekolah berkenaan, hari ini.

Ceramah disampaikan oleh penceramah undangan, Hajah Zaliha binti Haji Ibrahim.

Hadir pada majlis itu ialah Guru Besar sekolah berkenaan, Dayang Rosinah binti Haji Ibrahim bersama Penolong Guru Besar, Awang Mashadi bin Haji Judin serta pelajar-pelajar pra, Tahun 1 hingga 6.

Antara tujuan acara itu adalah untuk menyemarakkan lagi syiar Islam di negara ini dan dihasratkan dapat mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga sekolah berkenaan.

Selain itu juga, ceramah tersebut dapat memberikan kesedaran dan mencontohi segala sifat Nabi Muhammad S.A.W dan menjadikan peristiwa Israk dan Mikraj sebagai pengajaran dan teladan hidup.

Antara yang hadir semasa sambutan Israk Mikraj tersebut.
Antara yang hadir semasa sambutan Israk Mikraj tersebut.
Hajah Zaliha (kanan) semasa menyampaikan Ceramah Khas Israk Mikraj.
Hajah Zaliha (kanan) semasa menyampaikan Ceramah Khas Israk Mikraj.

ARTIKEL YANG SAMA