Terbaik Reds, benam City 4-1

Terbaik Reds, benam City 4-1

MANCHESTER, 22 Nov (Agensi) – Liverpool mempamerkan persembahan terbaiknya sejak ketibaan pengurus baru, Juergen Klopp untuk menewaskan pemburu gelaran Liga Perdana, Manchester City 4-1 semalam.

Persembahan pada separuh masa pertama dalam perlawanan tinggi dan serangan-serangan mengejut menyaksikan pasukan kendalian Klopp mendahului tiga gol di Stadium Etihad.

Ia adalah kali pertama sejak Februari 2003 City bolos tiga gol sebelum rehat dalam perlawanan liga.

“Ia bagus. Kami mendapat peluang dan menghasilkan jaringan menarik dalam serangan mengejut,” kata Klopp. “Dengan keputusan seperti ini para pemain akan mula percaya terhadap diri mereka dan ia adalah penting,” tambah Klopp berikutan keputusan yang membolehkan pasukannya mencatatkan enam mata dari kemunculan ke Liga Juara-Juara.

Jaringan pada separuh masa pertama dari dua pemain Brazil, Philippe Coutinho dan Roberto Firminho mengejutkan tuan rumah yang jatuh selepas Eliaquim Mangala membolos ke gawang sendiri.

Aksi pemain Liverpool, Martin Skrtel (dua dari kanan) ketika menjaringkan gol keempat untuk pasukannya di Stadium Etihad pada 21 November 2015. – Reuters
Aksi pemain Liverpool, Martin Skrtel (dua dari kanan) ketika menjaringkan gol keempat untuk pasukannya di Stadium Etihad pada 21 November 2015. – Reuters

Firmino menikmati persembahannya dengan baju merah sejak menyertai kelab dari pasukan Jerman, Hoffenheim bagi bayaran 29 juta pound (AS$445.8 juta). Dan dia diiringi oleh Coutinho, yang terus tajam di bawah Klopp. Kedua-dua pemain itu terlibat dalam tiga gol ketika Liverpool bertahan dalam perlawanan itu.

Coutinho merampas Bacary Sagna di dalam kawasan City sebelum meluru ke gawang. Dia memberikan umpanan kepada Firmino yang membuat hantaran lintang yang tersalah sepak oleh Mangala dalam kawasan sendiri pada sepuluh minit perlawanan.

Liverpool menggandakan kelebihan mereka pada minit ke-23 dengan Firmino sekali lagi menjadi penghantar. Dia mendapatkan Coutinho dalam kotak penalti, yang menewaskan Joe Hart.

Firmino menjaringkan gol pertama berikutan jaringan menarik pasukan. Dengan kedudukannya di belakang, Emre Can mendapatkan Coutinho. Hantaran ke belakang pemain dari Jerman itu dihantar kepada Firmino, bagi penyudah yang mudah. Pemain penyerang Sergio Aguero menjaringkan satu gol sebelum rehat, yang melakukan sepakan melencong yang sukar di capai penjaga gol Liverpool, Simon Mignolet. Pengurus pasukan Manchester City, Manuel Pellegrini membuat dua pertukaran pada rehat dengan momentum bertukar dalam pasukannya berikutan rembatan Aguero. Pemain midfield, Fernandinho dan Fabian Delph menggantikan Jesus Navas dan Yaya Toure dalam pergerakan yang menyaksikan City menghindarkan tekanan lebih awal.

ARTIKEL YANG SAMA