Terbitan sukuk jangka pendek berjaya

Terbitan sukuk jangka pendek berjaya

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Feb – Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD), ejen kepada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam pengurusan dan pentadbiran pengeluaran terbitan Sukuk Al-Ijarah mengumumkan kejayaan penetapan harga terbitan   sekuriti jangka pendek Sukuk Al-Ijarah ke-127nya.

AMBD dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, terbitan sukuk siri ke-127 tersebut berjumlah $100 juta, diterbitkan pada 18 Februari 2016 untuk tempoh 91 hari dengan tarikh matang pada 19 Mei 2016 pada kadar pajakan 0.99 peratus.

Menurut AMBD, dengan terbitan itu, kerajaan Brunei setakat ini telah menerbitkan sekuriti jangka pendek Sukuk Al-Ijarah bernilai lebih $9.455 bilion semenjak tawaran sulung pada 6 April 2006.

Jumlah pegangan tunggakan Suku kerajaan Brunei sehingga 18 Februari 2016 ialah sebanyak $625 juta.

ARTIKEL YANG SAMA